Membudayakan amalan baik dalam penyelidikan untuk pembangunan kuasa nasional

Inculcating best practices in research culture for national power development

Authors

  • Prof Madya Dr Norsaleha Mohd Salleh Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute

DOI:

https://doi.org/10.47548/ijistra.2025.96

Keywords:

Amalan baik, Budaya penyelidikan, Kuasa nasional, Pembangunan, Malaysia

Abstract

Pembangunan negara tidak dilakukan berdasarkan kajian dan ilmu sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan politik dan kelompok tertentu berbanding kepentingan nasional. Sehingga kini Malaysia masih tersekat dalam perangkap negara
membangun malah bergantung kepada pelaburan dan teknologi asing. Sedangkan, Malaysia kaya dengan pelbagai sumber alam dan sumber manusia serta mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Malaysia memerlukan sebuah paradigma baharu untuk memacu pembangunan negara yang membawa kepada kemajuan dalam semua aspek kehidupan. Kerangka kuasa nasional meletakkan ilmu pengetahuan dan kehendak nasional sebagai tunggak utama dalam pembangunan negara untuk menjadi sebuah negara yang kuat, maju dan berdaulat. Ilmu pengetahuan yang dibangunkan dengan kerangka penyelidikan berasaskan falsafah ilmu sendiri melahirkan cara fikir, sistem, institusi dan dasar negara yang memenuhi kepentingan nasional. Selagi tiada perkara ini, hala tuju kepimpinan negara akan terperangkap dalam politik populisme, kepentingan politik kepartian yang sempit serta kepentingan kelompok-kelompok tertentu seperti kapitalis dan kuasa asing. Usaha membangunkan falsafah dan identiti nasional yang asli dan berdaulat bermula dengan masyarakat yang membudayakan berfikir dan mengkaji sebelum membuat apa-apa keputusan. Keputusan dan tindakan yang betul adalah hasil proses kajian yang betul menggunakan sumber-sumber ilmu dan maklumat yang menyeluruh dan bersepadu termasuk sumber-sumber akal dan wahyu. Malaysia perlu keluar dari falsafah ilmu dan kerangka pemikiran Barat supaya membangunkan negara yang kuat, maju dan berdaulat dalam acuan sendiri.

 

National development in Malaysia is often driven more by political interests and the priorities of specific groups than by rigorous research and evidence-based planning. As a result, the country remains stuck in the middle-income trap and continues to rely heavily on foreign investments and imported technologies, even though Malaysia is rich in natural resources, human capital, and holds a strategically important geographic position. Malaysia requires a new paradigm to drive national development that fosters progress in all aspects of life. The national power framework posits knowledge and national will as the core pillars of national development, aiming to establish a strong, advanced, and sovereign nation. Knowledge that is developed through a research framework grounded in an indigenous philosophy of knowledge cultivates ways of thinking, systems, institutions, and policies that serve national interests. Without this foundation, the country's leadership will remain trapped in populist politics, narrow partisan interests, or the influence of capitalist elites and foreign powers. The effort to build an authentic and sovereign national philosophy and identity begins with fostering a society that values critical thinking and research before making decisions. Sound decisions and effective actions stem from rigorous research processes that integrate comprehensive and holistic sources of knowledge, including both reason and revelation. Malaysia must break free from the Western intellectual framework and thought paradigm to build a strong, advanced, and sovereign nation on its own terms.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Farhana Abd Kadir. (2024, Mac 16). Isu kesesakan murid perlu penyelesaian segera. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/654844/suara-sinar/analisis-sinar/isu-kesesakan-murid-perlu-penyelesaian-segera

Dominic Lau Hoe Chai. (2024, November 27). Beri perhatian isu hospital kerajaan sesak. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2024/11/beri-perhatian-isu-hospital-kerajaan-sesak/

IRIS Institute. (2025). Laporan Strategik Kuasa Nasional Malaysia 2023-2024.

Momani, B. (2010). IMF rhetoric on reducing poverty and inequality. In Wilkinson, R., & Clapp, J. (Eds.), Global Governance, Poverty and Inequality. Routledge.

Noor Hayati Muda & Bernama. (2024, Jun 21). Tiada petanda isu kesesakan jalan raya di KL dapat diselesaikan. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/709388

Norsaleha Mohd Salleh. (2024a). Sejauh manakah keupayaan penyelidikan nasional menyumbang kepada pembangunan kuasa nasional? International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies (IJISTRA), 5(8). 485-487. https://doi.org/10.47548/ijistra.2023.70

Norsaleha Mohd Salleh. (2024b). Sejauh mana penerbitan jurnal menyumbang kepada pembangunan ilmu di Malaysia? International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies (IJISTRA), 5(9), 530-534. https://doi.org/10.47548/ijistra.2024.88

Norsaleha Mohd Salleh, Mohd Zul Fahmi Md Bahrudin & Nur Hanis Mohamad Noor. (Ed.). (2021). Pembandaran kolonial dan penghapusan bangsa Melayu di Malaysia. IRIS Institute.

Siti Nurhidayu Abu Bakar. (2024, November 11). Banjir kilat: Mengapa Kuala Lumpur terus terjejas? Berita RTM. https://berita.rtm.gov.my/laporan-khas/kolumnis/senarai-berita-kolumnis/senarai-artikel/banjir-kilat-mengapa-kuala-lumpur-terus-terjejas

Toussaint, E., & Millet, D. (2010). Debt, the IMF, and the World Bank: Sixty Questions, Sixty Answers. NYU Press.

Vreeland, J. R. (2003). The IMF and Economic Development. Cambridge University Press.

Zizi Azlinda Mohd Yusof. (2025, Februari 10). Wujud langkah wajar tangani ketagihan vape demi generasi muda. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2025/02/1359504/wujud-langkah-wajar-tangani-ketagihan-vape-demi-generasi-muda?__cf_chl_tk=ty26CGh9da8fglLdFLJZKzV3HV83EQqMKfeRPTHslyQ-1739498627-1.0.1.1-Gw.52vo2nlqfmz3xgElFRjLXB9TMXff4wkZ6x6pgU64

Zuhainy Zulkifli. (2024, September 26). CAP seru kerajaan tolak memorandum industri vape. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1137917/cap-seru-kerajaan-tolak-memorandum-industri-vape

Downloads

Published

2025-05-30

How to Cite

Mohd Salleh, N. (2025). Membudayakan amalan baik dalam penyelidikan untuk pembangunan kuasa nasional: Inculcating best practices in research culture for national power development. International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 6(10), 589-592. https://doi.org/10.47548/ijistra.2025.96