Amalan Pengajaran Dalam Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Teaching Practices in Lifelong Islamic Education Courses
DOI:
https://doi.org/10.47548/ijistra.2022.45Keywords:
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat, Amalan Pengajaran, Pengajaran dan PembelajaranAbstract
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) merupakan antara satu program di bawah unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelaksanaan amalan pengajaran yang digunakan dalam kursus pendidikan Islam sepanjang hayat. Strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu yang berpusatkan pensyarah, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan dijadikan sebagai teras utama kepada pembinaan struktur bagi pelaksanaan amalan pengajaran ini. Oleh itu, kaedah kajian tinjauan telah dilakukan menerusi pungutan data melalui pengisian borang soal selidik yang dikongsi kepada responden secara atas talian. Jumlah sampel yang dikumpul adalah seramai 270 orang responden yang telah mengikuti kursus pendidikan Islam sepanjang hayat bersama Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej Komuniti Kuala Kangsar, dan Kolej Komuniti Sungai Siput. Teknik analisis utama digunakan adalah secara deskriptif yang melibatkan nilai kekerapan, nilai min, dan interpretasi min. Setiap item soalan dinilai menggunakan skala jawapan jenis Likert lima mata iaitu melalui tahap “Sangat Setuju” kepada “Sangat Tidak Setuju”. Hasil dapatan kajian menunjukkan keseluruhan item soalan bagi pelaksanaan amalan pengajaran pendidikan Islam sepanjang hayat berada pada tahap interpretasi min yang sederhana tinggi iaitu dengan nilai (min=3.98). Jelasnya disini, pensyarah mahupun tenaga pengajar dilihat mampu untuk mempraktikkan semua strategi pengajaran dalam menjalankan kursus pendidikan Islam sepanjang hayat di Kolej Komuniti.
Lifelong Islamic Education (PISH) is one of the programs under the Lifelong Learning (PSH) unit at the Community College. This study was conducted to identify the implementation of teaching practices used in lifelong Islamic education courses. Teaching and learning strategies that are centred on lecturers, students and materials are the core to build a structure for the implementation of teaching practices. Therefore, the survey research method was conducted whereby data collection is done through online questionnaires. The total sample was 270 respondents who have attended lifelong Islamic education courses at Chenderoh Community College, Kuala Kangsar Community College and Sungai Siput Community College. The main analysis techniques used are descriptive analysis involving frequency values, mean values, and mean interpretation. Each question item was evaluated using a five-point Likert type answer scale from the level of "Strongly Agree" to "Strongly Disagree". The results of the study shows that the overall question items for the implementation of lifelong Islamic education teaching practices are at a moderately high mean interpretation level with a value (mean = 3.98). It demonstrates that lecturers and instructors are able to practice all teaching strategies in conducting lifelong Islamic education courses at Community Colleges.
Downloads
References
Abdul Rasid & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ). 3(2), 49-63.
Ab Halim, T., & Mohamad Khairul, A. A. (2010). Amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam berkesan berteraskan konsep mu‛allim. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(1), 43-56.
Ab Halim, T., Adnan, Y., Kamisah, O., Khadijah, A. R., Shahrin, A., Zamri, A. R. (2004). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ab Halim, T., Kamarulzaman, A. G., Rosli, M., Zetty, N. R., Mohd Asmadi, M., & Zetty Nurakmal Azura, R. (2012). Penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Islam (JAIS) di sekolah-sekolah rendah agama negeri Selangor. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam, 1, ISSN-2231-8291.
Abdull Sukor, S., Mohd Izam, G., Nurahimah, M. Y., & Mohd Isha, A. (2016). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan pelajar semasa praktikum. Proceeding of ICECRS, 1, 599-608. http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.531.
Azizi Yahaya & Siti Atiqah Sharudin. (2010). Model Pengajaran. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia. https://core.ac.uk/display/11785773. Dimuat turun pada 25 Mei 2016
Asmawati, S., Abd Muhsin, A., Syaza, M. S., & Azreen, E. M. (2015). Pendidikan untuk semua: Amalannya dalam sistem Pendidikan Islam di Malaysia. International Journal of Education and Training , 1(2), 1-7.
Azizi, Y., & Siti Atiqah, S. (2010). Model Pengajaran. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository. https://core.ac.uk/display/11785773.
Ishak Baba. (2009). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya terhadap prestasi akademik pelajar UTHM. Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017). Garis Panduan Pelaksanaan Program PSH di Kolej Komuniti. Kolej Komuniti KPT. https://www.mypolycc.edu.my/index.php/muat-turun/garis-panduan-c/bahagian-kurikulum/send/12-bk/65-garis-panduan-pelaksanaan-program-psh-di-kolej-komuniti.
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017a). Sejarah Penubuhan. http://www.jpkk.edu.my/v2/info-korporat/sejarah-kolejkomuniti.html.
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017b). Maklumat Kursus dan Pengajian. http://www.jpkk.edu.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=183.
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017c). Senarai Kolej Komuniti. http://www.jpkk.edu.my/v2/info-korporat/senaraikolej.html.
Kamarul Azmi, J., Mohd Faeez, I., Ab. Halim, T., & Mohd Izham, M. H. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Tinggi. (2017). Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2017-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khoo, Yin Yin. (2008). Keberkesanan Kaedah Penyelesaian Masalah Secara Kolaboratif dalam Kalangan Pelajar Ekonomi Tingkatan Enam. Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia.
Naquiah, N., Jimaain, S., & Zabedah, A. R. (2020). Strategi pemusatan bahan dalam pengajaran jawi guru Pendidikan Islam sekolah rendah : Satu kajian kes. Jurnal Teknikal dan Sains Sosial, 9(1), 2-13.
Nia Sutisna. (2011). Peranan pendidikan sepanjang hayat bagi penyandang diabilitas. Jurnal Asesmen dan Intervensi Anak Berkebutuhan Berkhusus, 10(2). 206-211.
Nor Azida, M., Nor Idayu, S. M. N., & Zariasya, J. (2015). Keberkesanan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti Ledang: Kursus jahitan baju kurung. Jurnal Pendidikan Sepanjang Hayat.
Nur Syamira, A. W., Maimun Aqsha, A. L., & Aisyah, S. (2016). Aplikasi Permainan Bahasa Bermultimedia ke Arah Memacu Peningkatan Kefahaman Al-Quran dan Jawi. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization. 1(1), 1-12.
Ramlan, Z. A., Ahmad, E., & Wan Mohd Rashid, W. A. (2008). Pendidikan Sepanjang Hayat: Isu Cabaran dan Peranan Sekolah Membangun Modul Insan dalam Komuniti Setempat. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan, UTHM. https://core.ac.uk/reader/12007656.
Salfarina, A. S., & Hamidah, N. (2021). Keberkesanan Taklimat Penilaian & Peperiksaan terhadap Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB). Kolej Komuniti Nibong Tebal: UPIK Pulau Pinang. https://kknibongtebal.mypolycc.edu.my/penerbitan/write%20with%20passion/Pentadbiran%20dan%20Pengurusan.pdf
Skolnick, R. (2009). Case Study Teaching In High School Biology Effects On Academic Achievement, Problem Solving Skills, Teamwork Skills and Science Attitudes. Tesis Kedoktoran yang tidak diterbitkan. Available from ProQuest Dissertation and Theses database. (UMI No. 3365623).
Suhaida Abd Kadir. (2002). Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional terhadap Prestasi Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial dalam Pendidikan Perakaunan. Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Yufiza, M. Y., Rafidah, M. B., Saleha., A. A., & Zamaruzaman. (2016). Perlaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolej Komuniti Batu Gajah. http://umcced.edu.my/psh2016/web_paper/2.4.1.pdf.