Konsep Bandar Menurut Peradaban Melayu
The Concept of City in Malay Civilization
DOI:
https://doi.org/10.47548/ijistra.2021.33Keywords:
Peradaban Melayu, Bandar, Kota Melayu Melaka, Keseimbangan alam, Unsur keislamanAbstract
Peradaban Melayu memanifestasikan falsafah kehidupan mereka ke dalam bentuk sebuah kota. Kerajaan Melayu agraria mengutamakan ekonomi pertanian dan bertempat di sepanjang sungai. Manakala kerajaan Melayu maritim pula yang melaksanakan perdagangan di pesisiran laut. Kedua-dua jenis kerajaan dalam peradaban Melayu ini membina kota mereka berlandaskan kepada keperluan setiap kerajaan. Seni ukiran merupakan antara salah satu unsur terpenting dalam aspek estetika Peradaban Melayu. Lima jenis motif yang biasa digunakan adalah flora, fauna, kosmos, geometri dan khat. Seni ukiran ini berkonsepkan keseimbangan alam daripada aspek komposisi, pemilihan motif dan bentuk ukiran. Nilai-nilai yang diterapkan ialah penghormatan kepada sesama manusia dan juga alam serta menyingkir sifat sombong yang diwakili dengan gaya daun yang sentiasa menunduk ke bumi. Prinsip kelestarian alam dan hubungan harmoni antara manusia dan alam diterapkan melalui pantang-larang dan adat dalam pemilihan kayu yang akan ditebang, jenis-jenis kayu dan waktu pokok boleh ditebang. Masa lapang orang Melayu pula digunakan untuk menghasilkan peralatan rumah dan keperluan harian, menghasilkan alat permainan kanak-kanak dan peralatan-peralatan lain. Kota Melayu Melaka yang merupakan model Bandar Melayu dibina berasaskan falsafah Islam tidak lari daripada memaparkan unsur-unsur keislaman dalam seni binanya. Konsep pembandaran Islam di Alam Melayu pula merujuk kepada struktur binaan bandar atau kota yang kompleks yang lengkap dalam segala aspek seperti unsur pentadbiran,ekonomi mahupun agama, seperti yang terdapat dalam pusat kota Kesultanan Melayu Melaka.
Like other civilizations, the Malay Civilization also manifests its life philosophy through its cities. The agraria Malay kingdom prioritised its agrarian agricultural economy and located along the river while the maritime Malay kingdom conducted maritime trade along the ocean. Both types of kingdoms in the Malay civilization build their cities based on the needs of each state. Art carving is among one of the most important elements in the aesthetic aspects of Malay Civilization. The five types of motifs commonly used are flora, fauna, cosmos, geometry and calligraphy. The art of carving has the balance of nature concept in terms of composition, selection of motifs and form of arts. Among the values applied is the respect for fellow human beings and nature as welll as getting rid of arrogance represented by the style of leaves that always bow to the earth. The principles of nature sustainability and harmonious relationship between man and nature are applied through taboos and customs in the selection of timber to be felled, the types of timber and when the trees can be felled. Leisure time among Malays would be used to produce home appliances and daily necessities, also to produce children's toys and other equipment. The Malay City of Malacca is a model built on the philosophy of Melayu-Islam manifests the elements in Islamic architecture. The concept of Islam in the Malay urbanization refers to the city or town building structure complex that is complete in all respects with the administration, economics and religion, as found in the center of the Malacca Sultanate.
Downloads
References
Ahmad Saifuddin Abdullah, (2000). Kajian Klasifikasi Spesis-Spesis Kayu Dalam Seni Ukiran Melayu Di Semenanjung Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
Collins Translator. (2020). Retrieved October 30, 2020, from https://www.collinsdictionary.com/translator.
Hasanuddin Mohd Yusof, (2019). Dalam temu bual.
Husni Thamrin. (2017). Enkulturasi dalam Kebudayaan Melayu. Riau: UIN Sultan Syarif Kasim.
Janet L. Abu-Lughod, ‘The Islamic City--Historic Myth, Islamic Essence, and Contemporary Relevance’, International Journal of Middle East Studies, 19.2 (1987), 155–76.
Kamarul Afizi Kosman & Noor Aisyah Mokhtar. (n.d.). Rough Planning of Melaka Malay City Before 1511 Based on Portuguese Sources.
Mohd. Hapiz Mahaiyadin and Khalijf Mu’ammar A. Harris, ‘Pertembungan Tamadun Islam Dan Tamadun Barat: Di Mana Letaknya Konflik?’, Esteem Academic Journal, 5.2 (2009), 241–55.
Noor Aisyah Binti Mokhtar, Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Kamarul Afizi Bin Kosman. (2013). Kewujudan Kota Melayu Melaka. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rahimah A. Hamid & A.S Hardy Shafii (eds.) (2017). Akal Budi Melayu dalam Bahasa dan Sastera Moden. Pulau Pinang: Penerbit USM.
Rich, J. and Wallace-Hadrill, A. eds., 2003. City and country in the ancient world (Vol. 2). London: Routledge.
Safwan Razali & Zubir Idris. (2018). Gambaran masyarakat Melayu tradisional dalam Syair Putera Mahkota. Jurnal Melayu, 17(2).
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1995). Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Shaharudin Idrus, Abdul Samad Hadi & Abdul Hadi Harman Shah. (2010). Dayahuni bandar: hubungkaitan bentuk fizikal bandar dan dayahuni setempat. Akademika, 79, 24.
Von Gruenbaum, G. E. (1958). The Muslim Town. Ekistics, 6(36), 110-117.
Wiryomartono, Bagoes., (2013). Urbanism, place and culture in the Malay world: The politics of domain from pre-colonial to post-colonial era. City, Culture and Society 4, no. 4: 217-227.
