Modus Operandi Gerakan Liberalisme di Malaysia
The Modus Operandi of Liberalism Movement in Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.47548/ijistra.2021.28Keywords:
Pemikiran Islam, Ahli Sunnah wal Jamaah, Islam, Liberalisme, LiberalAbstract
Liberalisasi adalah proses tersusun dalam mempromosi dan menerapkan bentuk-bentuk pemikiran bebas dalam minda masyarakat khususnya umat Islam. Matlamat asasnya adalah untuk membebaskan pemikiran umat Islam daripada pandangan-pandangan turath yang dianggap tidak munasabah dan menyekat kemajuan. Kepercayaan daripada matlamat ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Ahli Sunah Waljamaah yang menuntut umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan hadis serta pandangan-pandangan mujtahid dari pelbagai bidang dan sudut. Tulisan ini bertujuan mengenal pasti modus operandi penyebaran pemikiran liberal dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan analisa kandungan dan temu bual separa berstruktur bersama lima orang belia yang menyokong idealisme liberal dan agenda liberalisme kepada masyarakat Islam di Malaysia. Dapatan temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisa perkataan dan thematic. Hasil dapatan kajian menunjukkan gerakan liberalisme di Malaysia mempunyai kerangka modus operandi yang tersusun dalam menyebarkan fahaman tersebut kepada masyarakat di Malaysia. Mereka menggunakan sembilan (9) kerangka modus operandi iaitu persepsi, prinsip, motif, skala, propaganda, perkaderan, proksi, lingkaran sosial dan indoktrinasi. Dapatan ini mendedahkan tentang modus operandi gerak kerja liberalisme dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat Islam dan menjauhkan masyarakat daripada peraturan hidup Islam yang sebenar. Namun begitu, kekuatan Islam yang terkandung di dalamnya akidah, syariah dan akhlak dapat menjadi perisai utama dalam mendepani pelbagai ancaman pemikiran khususnya ancaman liberalisme di Malaysia.
Liberalization is a structured process in promoting and implementing forms of free-thinking in the minds of the people, especially Muslims. Its basic purpose is to free the minds of Muslims from the views of turath which are considered unreasonable and to hinder progress. Beliefs of this aim are clearly at odds with the fundamental principles of the Sunnis who require Muslims to adhere to the Qur'an and the hadith as well as the views of the mujtahid from various fields and angles. This paper aims to identify the modus operandi of disseminating liberal thought in the Muslim community in Malaysia. This study uses a qualitative approach that involves content analysis and semi-structured interviews with five youths who support liberal idealism and the liberalism agenda for the Muslim community in Malaysia. Interviews were analyzed using word and thematic analysis methods. The findings of the study show that the liberalism movement in Malaysia has a modus operandi framework in place to disseminate that understanding to the Malaysian public. They use nine (9) modus operandi frameworks namely perception, principle, motive, scale, propaganda, proportion, proxy, social circle, and indoctrination. This finding reveals the modus operandi of liberalism's work in influencing the thinking of the Muslim community and keeping society out of the true rules of Islamic life. Nonetheless, the Islamic power contained in the creed, sharia and morals can be a key shield in dealing with various threats of thinking especially the threat of liberalism in Malaysia.
Downloads
References
Ahmad Sanusi Azmi dan Norsaleha Mohd. Salleh. 2018. Kajian orientalis dalam kerangka pemikiran Malaysia. Kertas dibentangkan dalam Seminar PERTIWI pada 24 Nov 2018 di PWTC, Kuala Lumpur.
Ahmad Farouq Musa. 2014. Pengajaran yang tidak berkesudahan terhadap Negara Islam. Dlm. Ahmad Farouk Musa.
Wacana Pemikiran Reformis. Jil II. Kuala Lumpur: Islamic Renaissance Front Berhad.
Angle Rabasa, Cherry Bernard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle. (2007). Building Muslim Moderate Network
Angel Rabasa. 2007. New World Disorder Different Types of Ungoverned Territories
Warrant Different Responses. RAND Review. Vol. 31. No. 3. Fall 2007. Page: 26-29.
Ardyansyah Nugraha. 2015. Dokumen Rand Corporation sebuah design perang terencana melawan Islam. https://ardiyansyah.com/2015/04/dokumen-rand-corporation-sebuah-desain.html. (akses 20 Jan 2019).
Interdisciplinary Research & International Strategy Institute (IRIS). 2017. Mukaddimah Perjuangan Melayu. Bandar Baru Bangi: IRIS Institute.
Indriaty Ismail & Ahmad Mahyuddin Hassan. 2011. Ciri-ciri dan Asas-asas Utama Islam Liberal dalam Pergerakan Sisters In Islam. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Isu-isu Islam Liberal. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, 17 Februari.
Lukman Hakim & Mohd Nasir Omar. 2011. Mengenal Pemikiran Islam Liberal. Jurnal Substantia. 14 (1): 179-198.Mohd. Fauzi Asmuni. 2018. Kebebasan berfikir dan penyelewengan dalam sejarah Malaysia. Kertas dibentangkan dalam Seminar Liberalisme dan Media Sosial. 15 Ogos 2018. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Mohd. Fauzi Asmuni. (2018). Kebebasan berfikir dan penyelewengan dalam sejarah Malaysia. Kertas dibentangkan dalam Seminar Liberalisme dan Media Sosial. 15 Ogos 2018. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Rahimin Afandi Abd. Rahim, Muhd. Fakhruddin Abd. Mukti, Ruzman Mohd. Nor. 2010. Pemodenan dan kesejahteraan manusia dari perspektif orientalism. Laporan daripada kajian awal Projek UMGR (RG035/09HNE). (Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya 2010), 1-18.
Wan Adli Wan Ramli. 2012. Bahaya liberalisme dan pluralisme agama terhadap akidah belia muslim. Johor Bahru: Master Gift Sdn. Bhd.
