Penguasaan maritim dan aktiviti perdagangan antarabangsa kerajaan-kerajaan Melayu

Authors

  • Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi

DOI:

https://doi.org/10.47548/ijistra.2020.23

Keywords:

pelaut, perdagangan, maritim, Nusantara, kerajaan Melayu

Abstract

Kapal dan pelaut Melayu merupakan antara yang terbaik dalam kegiatan maritim tradisional dunia. Ia telah wujud lebih lama daripada mereka yang lebih dipopularkan dalam bidang ini – Phoenicians, Greek, Rom, Arab dan juga Vikings. Ketika masyarakat benua sibuk mencipta pelbagai kenderaan di darat dengan penciptaan roda, masyarakat Melayu sudah boleh menyeberang laut dengan perahu-perahu mereka. Sejak air laut meningkat kesan daripada pencairan ais di kutub dan glesiar di benua, sekitar 10,000-6,000 tahun yang lampau, orang Melayu telah mula memikirkan alat pengangkutan mereka lantaran mereka telah terkepung di pulau-pulau akibat kenaikan paras laut dan tenggelamnya Benua Sunda. Justeru terciptalah pelbagai jenis perahu dan alat pengangkutan air yang dapat membantu pergerakan mereka. Sejak zaman itu, orang Melayu telah mampu menguasai laut sekitarnya. Ketika orang-orang Phoenician dan Mesir baru pandai berbahtera di pesisir laut tertutup Mediterranean dan Sungai Nil, orang Melayu telah melayari samudra luas; Teluk Benggala, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Sekitar abad ke-2SM perahu-perahu Melayu yang besar-besar telah berlabuh di pantai timur India dan tenggara China, sementara masyarakat bertamadun tinggi lain baru sahaja pandai mencipta perahu-perahu sungai dan pesisir. Pada mulanya perahu-perahu Melayu hanya digunakan untuk memberi perkhidmatan pengangkutan hinggalah masuk abad ke-4 apabila komoditi tempatan Nusantara mula mendapat permintaan di peringkat perdagangan antarabangsa. Pelbagai jenis rempah ratus, hasil hutan dan logam diangkut oleh perahu-perahu itu untuk menyertai perdagangan dunia yang sedang berkembang. Perkapalan dan perdagangan ini membawa kekayaan dan kemakmuran kepada pemerintah tempatan kerana sebahagian besar daripada perusahaan itu dimonopoli oleh mereka. Namun apabila pihak penjajah Barat mula bertapak di kawasan ini, perindustrian ini mula merosot dan hapus terus setelah bahagian kedua abad ke-19. Bermulalah era orang Melayu dan rajanya tersorot ke daratan menjadi petani-petani yang mengharapkan belas kasihan penjajah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Jelani Halimi, 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Jelani Halimi, 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur, Utusan Press.

Ahmad Jelani Halimi, 2013. Undang-undang Laut Melayu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmat Adam (ed.), 2016. Sulalat u’s- Salatin. Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan.

Andaya L.Y., 2008. Leaves of the Same Tree, Honolulu, University of Hawai’i Press. Asia Magazine, 26 January 1986.

Cheah Boon Kheng (ed.), 1998. Sejarah Melayu (The Malay Annals), MBRAS.

Corteaso A. (ed.), 1944. Suma Oriental of Tome Pires. London, Hakluyt Society.

Horridge A., 1981. The Prahu. Kuala Lumnpur, Oxford University Press.

Lapian A.B.,2011. Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut. Jakarta, Komuniti Bambu.

Mackay C., 2012. A History of Phuket and the Surrounding Region. Bangkok, White Lotus.

Mariyam Salim (ed.), 2005. Undang-undang Laut. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Miksic J.N., 2013. Singapore and The Silk Road of the Sea 1300-1800. Singapore, Singapore Univesity Press.

Mookerji R. 1912. A History of Indian Shipping and Maritime Activity. Culcutta, Longmans, Green and Co.

Shellabear, W.G. (ed.), 1977. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur, Fajar Bakti.

Warren J.F., 1981. The Sulu Zone 1768-1898. Singapore, Singapore University Press.

Winstedt R.O , De Jong P.E. de J., “The Maritime Laws of Malacca”, dlm. JMBRAS [Vol. XXIX, Pt. 3. 1956].

Wolters O.W. 1989. Perdagangan Awal Indonesia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

J. F. Warren., 2002. Iranun and Balangingi, Globalization Maritime Raiding and the Birth of Ethnicity. Singapore, Singapore University Press.

Downloads

Published

2020-10-18

How to Cite

Halimi, P. M. D. A. J. . (2020). Penguasaan maritim dan aktiviti perdagangan antarabangsa kerajaan-kerajaan Melayu. International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 1(1), 17-29. https://doi.org/10.47548/ijistra.2020.23