Komentar: Sejauh Manakah Keupayaan Penyelidikan Malaysia Menyumbang Kepada Pembangunan Kuasa Nasional?
Commentary: How Far does Malaysian Research Capability Contribute to National Power Development?
DOI:
https://doi.org/10.47548/ijistra.2024.80Keywords:
Malaysia, Keupayaan penyelidikan, Kuasa nasionalAbstract
Isu lambakan penyelidikan di Malaysia yang terperap dalam jurnal telah mendapat perhatian dari banyak pihak. Beberapa punca dan penyelesaian kepada masalah ini telah dilontarkan namun realiti ini tidak akan dapat diubah sekiranya punca sebenar masalah ini tidak dikenal pasti dan ditangani dengan tepat. Isu timbunan penerbitan hasil kajian dalam jurnal ini turut membuka semula wacana tentang pelbagai isu lain seperti isu petunjuk prestasi utama atau KPI pensyarah yang lebih menekankan aspek kuantiti penerbitan dan sitasi, isu penarafan atau ranking universiti, isu monopoli syarikat penerbitan kapitalis, isu penyelidikan yang tidak selari dengan kehendak industri serta isu birokrasi dalam hubungan kerjasama antara universiti dan industri. Bagaimanapun, semua isu ini sebenarnya hanya simptom kepada penyakit yang lebih kritikal untuk dirawat iaitu keterbatasan kehendak dan keupayaan penyelidikan nasional yang terperangkap dalam kerangka keilmuan Barat sehingga menyekat potensi sebenar negara untuk mencapai kuasa nasional.
The issue of an overabundance of research in Malaysia burried in journals has garnered attention from many parties. Several causes and solutions to this problem have been presented, but this reality will not change unless the root cause of the issue is identified and addressed accurately. The issue of the piling of research publications in journals also reopens the discourse on various other issues, such as the key performance indicators (KPIs) for lecturers that emphasize the quantity of publications and citations, university ranking, the monopoly of capitalist publishing companies, research that is not aligned with industry demands, and the bureaucracy in the collaboration between universities and industries. However, all these issues are merely symptoms of a more critical condition that needs to be treated, which is the limitation of the national research agenda and capacity trapped within the framework of Western scholarship, thereby hindering the country's true potential to achieve national power.
Downloads
References
NA